Madrasah Tahfiz Al-Iman telah ditubuhkanpada tanggal 5 Julai 1999,bertempat di sebuah rumah dua
tingkat di taman Pulai Utama, yang berdaftar di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. MTI memulakan
operasi dengan khidmat 3 orang guru, dan mempunyai 5 orang murid. Berkat kesabaran dan
kesungguhan mudir dan para guru, pada tahun 2000 MTI telah berpindah ke banggunan 3 tingkat di
Taman Universiti untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Dalam pada itu ,
MTI membuka peluang pengajian kelas Agama Fardu Ain dan Tahfiz (K.A.F.A.T). Pada tahun
2004,MTI membuka peluang untuk pelajar puteri. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, pada tahun
2007 MTI telah menyewa 4 buah banggunan 3 tingkat untuk asrama , manakala 3 buah banggunan untuk
sekolah. Seterusnya MTI Berjaya mendaftarkan nama sekolah sebagai pusat peperiksaan awam untuk
tahun 2007. Sejajar dengan cita-cita para ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka di didik dengan
sempurna dengan untuk kecemerlangan duniawi dan ukhrawi, pihak MTI telah dihadiahkan sebidang
tanah oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, di tapak bersebelahan masjid Tan Sri Ainuddin Wahid
Taman Universiti ,Johor. Di tapak seluas 2 ekar ini akan di bina kompleks MTI khusus untuk memenuhi
misi, dan visi Madrasah Tahfiz Al-Iman, bersesuaian dengan wawasan pelajar dan ibu bapa. Kompleks
MTI yang dianggarkan berharga RM 7 juta ini akan dilengkapi dengan ruang pembelajaran yang lebih
sempurna dan tersusun tanpa mengabaikan modul pendidikan yang ditetapkan oleh kementerian
pendidikan, iaitu mengadakan makmal sains, makmal computer, perpustakaan, padang riadah dan
sebagainya. Justeru, pelan-pelan yang sedemikian telah diajukan dan mendapat kelulusan dari jabatan-
jabatan yang berkenaan. Bagi merealisasikan impian yang murni ini, pihak jawatankuasa pembangunan
MTI telah berusaha mengumpul dana bagi membangunkan kompleks MTI yang baru ini. Dengan izin
Allah cita-cita ini hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak berkerjasama berganding bahu dengan
pihak pentadbiran.